THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, 28 February 2012



"Oh nafsu, kalaulah kau tiada, pasti aku dapat melakukan segala perintah Allah", keluh seorang sahabat.

Tapi benarkah jika tiada nafsu, kita akan dapat melaksanakan segala perintah Allah?

Saya akan jawab 'tidak' kerana 'tiada nafsu' bererti tiada nyawa. Berpisah dengan nafsu bererti berpisah dengan dunia. Sebagai contoh; Jika manusia tidak punya nafsu kepada makan, pasti semua orang akan kebuluran. Jika manusia tidak punya nafsu kepada seks, pasti pupus spesis manusia. Jika manusia tidak punya keinginan kepada harta, pasti tidak akan wujud kemajuan. Kita sendiri pun hidup kerana ada nafsu, mana mungkin kita boleh berkata bahawa tanpa nafsu kita boleh jadi lebih baik?

Maka, saya mahu membetulkan sedikit.

Bukan salah nafsu, sebaliknya salah kita yang tidak menyempitkan serta mengawal nafsu itu.

Bukan semua nafsu itu sifatnya jahat. Tidak. Kerana itu, ulama sufi banyak yang menklasifikasikan bentuk-bentuk nafsu. Ada yang mengelaskan kepada tiga, bahkan ada juga yang sampai 5 jenis nafsu. Ada sampai 7. Tapi saya akan explainyang 3 saja.


Mana nafsu yang buruk dan mana pula nafsu yang baik?
Yang yang paling buruk ialah nafsu amarah. Ini kerana manusia yang punyai nafsu ini, mereka telah mempertuhankan nafsu mereka. Segala apa yang nafsu mereka mahu, segera mereka penuhi walaupun terpaksa menipu, membunuh, merosakkan atau merampas hak orang lain.

Firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 43 : "Sudahkah engkau wahai muhammad melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?"

Orang yang punya nafsu sebegini tidak semestinya hanya orang kafir. Kerana itu, jangan kita merasa senang hati. Konon-kononnya kita terselamat. Kerana hakikatnya, orang yang bernafsu sebegini sering kita lihat, merata-rata. Yang ambil rasuah, yang rampas harta orang, yang suka mengata orang lain, ah..yang macam-macam lagi. Sangat hina! Kerana itu, Allah sambung dalam ayat 44 ;'...mereka itu seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi.'

Tolong kawal diri kita, jangan sampai kita masuk dalam kategori ini.

Nafsu tahap dua ialah nafsu lawwamah. Pendek kata, nafsu sebegini adalah nafsu yang diimbangi oleh akal. Ia masih tetap membisikkan kejahatan dan maksiat, tapi ia tidak mendominasi kita. Ia akan berperang dengan akal dan iman. Apabila ia menang, manusia akan 'tergelincir' tapi kerana masih ada unsur keimanan, manusia sebegini akan terasa kesal lalu segera meminta ampun kepada Allah.

Dalam 'peperangan' itu juga, bila sampai ketika iman menang, maka tuannya (manusia) akan dapat merasakan satu keindahan luar biasa dalam ibadah. Tapi kadangkala ia tidak berpanjangan kerana 'peperangan' tetap berlaku.

Saya pasti sangat banyak manusia yang memiliki nafsu sebegini.

Satu cara nak memastikan iman dan akal menang dalam peperangan ini adalah dengan kita supply weapons yang canggih-canggih kepada akal dan iman.

Apa dia?

Ilmu. Battlefield juga perlu dipilih kerana ada sesetangah tempat memberi 'extra power' kepada akal dan iman untuk memenangi perang ini. Antaranya ialah dengan sentiasa bersama orang-orang soleh, selalu duduk di dalam majlis ilmu, majlis zikir dan sentiasa menghabiskan masa di masjid (iktikaf).

Semestinya, nafsu yang yang paling baik ialah nafsu mutma'innah. Ini adalah nafsu ahli syurga. Nafsu ini telah terdidik, terpelajar dan terlatih. Ia sentiasa menyeru perkara yang baik-baik sahaja kepada tuannya. Sangat sukar dimiliki, tapi tidak mustahil untuk dinikmati. Dengan usaha dan kesungguhan, pasti kita mampu!


Mengapa saya bercerita tentang jenis nafsu ini?
Kerana saya mahu mengingatkan manusia yang beralasan, "nafsu aku halang aku buat baik" supaya lebih menghargai peluang diberikan nafsu. Kerana tanpa nafsu, manusia mati. Tapi kerana terlalu mengikut nafsu, manusia juga akan binasa. Kerana itu, Allah jadikan kita akal untuk mengimbangi nafsu.

Bukan semua perkara yang nafsu ajak dan anjur itu membawa kejahatan walaupun ada dalam beberapa perkara. Kerana itulah, kita yang diberi akal harus fikir, mana yang baik dan mana yang buruk. Akal yang digarisi keimanan, itulah 'ahli gusti' yang paling kuat untuk melawan nafsu.

Nafsu itu umpama kuda liar. Jangan dibunuh hanya kerana ia belum jinak, tapi kurunglah ia. Kadang-kadang ia melompat keluar pagar, tapi jangan sampai ia merosakkan tanaman orang lain. Bukankah kita ada tali, kenapa tidak mahu ikat?

Tali apa? ia ialah tali iman yang disimpul dari zikir, puasa dan ilmu. 

Saya sangat yakin. Jika 'kuda liar' ini dilatih hari-hari, satu hari nanti ia akan menjadi seekor kuda perang yang tidak takut gugur sebagai pejuang.

Kesimpulan
Saya suka menegaskan bahawa nafsu itu ibadah. Bagaimana?

Jika kita ikut nafsu dengan cara yang ditentukan syara', maka kita dapat pahala. Tapi jika kita ikut nafsu melalui cara selain yang agama benarkan, ia automatik jadi dosa.

Contoh: 
(1)-Nafsu makanJika makan benda halal dapat pa
hala. Tapi kalau makan benda haram, riba, curi dan lain-lain, ia akan jadi dosa.
(2)-Nafsu seksualJika buat seks dengan isteri sendiri, dapat pahala. Tapi kalau dengan isteri orang, dapat dosa.
(3)-Nafsu berpakaianJika pakai baju-baju yang tutup aurat, dapatlah pahala. Tapi kalau pakai 'baju saiz kanak-kanak', dapatlah dosa.


 Target Mesti Capai Sebelum Mati
Saya suka membuat analogi. Saya andaikan nafsu itu sebagai satu kerajaan. Ada 2 pihak yang mahu merebut kerajaan itu. Satu ialah syaitan dan satu lagi ialah iman. Dalam nafsu amarah, kerajaan (nafsu) ini dikuasai syaitan. Maka, setiap keputusan kerajaan adalah semua yang jahat-jahat belaka. Iman tidak berupaya mencegah. Lalu ia mati dan lenyap.

Dalam nafsu Lawwamah pula, tentera iman dengan tentera syaitan berebut-rebut. Macam di Malaysia, ada sistem pilihan raya, di sana juga sama. Kadang-kadang, syaitan menang dan kadang-kadang iman menang. Tapi berkat usaha yang sangat kuat, akhirnya kerajaan nafsu dapat dikawal oleh tentera iman lalu tentera syaitan ditawan. Dan itulah dia nafsu mutma'innah. Kerajaan yang ditadbir oleh iman. Maka, setiap perbuatan ialah perbuatan yang didasari oleh iman.
Jom kita improve diri! Moga-moga kita mati dalam dengan 'kerajaan' diri kita ditadbir oleh tentera-tentera iman.



0 comments: