THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, 27 February 2012

1)Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya dan melakukan solat bersama-sama..(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) 


2)Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara;

1. kerana hartanya. 2. kerana keturunannya
3. kerana kecantikannya 4. kerana agamanya.

Maka hendaklah kamu memilih agamanya, nescaya kamu berbahagia dunia akhirat.” -Hadith Riwayat Imam Bukhari & Muslim

sabda nabi s.a.w “Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau(suami) sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila engkau perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.


3)masyaallah bila tengok pasangan ini sejuk mata memandang..(^_^)
Tips Memilih Calon Suami Yang Baik (◕‿◕)

••► Kuat Agamanya
bila orang lain sibuk mencari cinta dia sibuk mencari agama.

••► Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.

••► Tegas Mempertahankan Maruah

••► Amanah
bila dia berjanji dia menepati,

••► Tidak kedekut
tidak kedekut dalam menyampaikan ilmu

••► Terbatas Pergaulan
apabila dia terlihat aurat wanita (bukan mahram)dengan pantas dia mengalihkan pandanganya.apabila dia melihat wanita dia sentiasa menundukkan wajahnya.

••► Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

••► Bertanggungjawab
iaitu memberi isteri dan anak2 pakaian islam.

••► Tenang Wajah
mulut yang berzikir,mata yang tidak pernah jemu melihat al=quraan.tangan yg tidk pernah penat dalam melakukan kebaikan.air mata yang jatuh kerana taubat.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.InsyaAllah..


4)KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL BAQARAH

1. Rumah yang di bacakan surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan,
Rasulullah SAW bersabda: “ sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan“ =HR At tirmidzi=

2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al Baqarah.

3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.
Rasulullah bersabda: “Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. untuk membela pambacanya di hari kiamat.“
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah,

4.Mengelak dari terkena sihir.
sabda nabi s.a.w “Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya (si pembaca)=HR MUSLIM=

5)" BELAJARLAH UNTUK SELALU BOLEH MENULIS KESALAHAN SESEORANG DI ATAS PASIR, AGAR ANGIN MAAF DATANG BERHEMBUS & MENGHAPUS TULISAN ITU...

ღ¸.•´¯)♥ Kerana Terkadang 10 kebaikan seseorang boleh terlupakan hanya kerana 1 kesalahan. Padahal manusia itu tidak ada yg sempurna & semua org itu pasti pernah melakukan kesalahan. Belajarlah utk boleh saling memaafkan, kerana sesungguhnya saling memaafkan itu merupakan sesuatu indah :)


0 comments: