THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, 31 January 2012



Assalamualaikum :)


Hoho :) penat pulak bile keje . even keje kiosk kat skola sri tanjung kan :)budak2 skola dia kelakar laa . tapi bile dyorang beli kat kiosk laa . nak2 aku je yang jage sorang2 . bdk skola tlong ade laa jugak , tp time rahat je . selebihnya aku . tape laa , cari pengalaman :) um , tadi mber aku tolong . . time petang laa . bila dia ade , budak laki yang suke sakat aku tu lalu depan kiosk hanya mampu senyum je . mungkin ade asyraf :) tapi , bile dyorang sakat2 aku , buat aku tersenyum laa . macam2 gelaran yg aku dpat dr budak skola tuh :) yg klakar tu pngilan " BABY " . . haha :D then , balik keje kul 5.00 pm and aku straight pegi training net ball :) dpat jugak main net ball lpas abis skola . . hmm , aku rase t'hutang budi kat kawan aku . . "ASYRAF" bnyak dia tolong aku . . tq sangat2 eyh cap . nanti pape kau minta tlong aku je . bile keje aku perlukan partner , acap akan tolong aku . oke laa :) cite VANILLA COKELAT pun da start . bubye all :) muahahahaa >,< 

Sunday, 29 January 2012


Assalamualaikum :)




Aku harap orang jujur saja yang hadir di hidupku .

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah HATI mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka. Kemudahan digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan yang bersih, Hati kita seolah berbisik. . 

" Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat aku membenci segala kejahatanku "

yeah ! akhirnya aku amik haluan masing2 . hmm , sape tahan asyik kena tipu je . whatever laa :) sedih siot ! aku sayang dia sangat2,  tapi asal dia buat mcam ni ?  tape laa . . perjalanan aku pun jauh lagi . tuh pesanan abg angkat aku la . um , sekarang aku join kelab rakan muda , esok start keje , and aku part time photographer . . alhamdulillah laa . at least , aku ta boring duk uma nih :) aku malas daa nak fikir psal cinta2 nih ! lantak laa . bukan ape , aku malas da dgn alam maya yg ntah pape ni . . oke laa . biar aku happy dengan life aku ni . aku ta nak orang ganggu idup aku dengan menyakitkan hati aku , buat aku menangis or else . oke laa . good night . esok first time keje . hope sume oke je . love you lah ! bubye sume . . bubye laki kacak . . bubye pmpuan yang comel :D 

aku ingin kasih sayang yang berkekalan :D




Friday, 27 January 2012

I Miss my.self :)


Assalamualaikum w.b.t 

Hi gadis cmel & laki kacak. hihii. Baru2 nih blog kena hack. Alhamdulillah kawan dapat im kan password. Thanx sangat2 tuk dia. Err. . Bila kena tu nangis kot. :D Yelaa, da buat2, pastu kena mcam tuh. . Sape ta sedih ? :)

Semalam hari khamis, kawan aku Nabilah Huda balik PLKN semula. Dia cerita bila dia kat sana. HAHA. . Syok je dengar dia cite. Yang ta bule bla tu, dia kate ramai laki nsem. goyang iman dia, Haha. . Sengal je dia tu :) Aku arap kat dia bule kurus laa lepas ni. Kalah aku kan ? Then, baru2 nih aku ade bagi NOVEL sempena b'day dia 8.01 hari tu. Sebelum ni bagi cokelat. Boring. lagipun cokelat ta bule jadi brang kengan. Makan2 habis, that's y aku bagi novel. HAHA.. yang ta menahan tajuk novel " SELAMAT MALAM KEKASIH" . . dia pun gelak je. Dia kawan aku sejak ktorang form 3 samapi sekarang. Dia baik plus hensem. HAHA :D Aku sayang orang macam dia. Rasul2 :) um, 4.2 nih kite ada bengkel 6 jam kat detik erat. Jumpa kat sana nanti yar. Insya Allah :D

hohoo :) now, i'm in the relationship. . kadang2 best+sedih+happy bila dengan dia. starting cerita aku ngan dia 21.11.2011. bule ke kekal dengan dia ? doa2kan yar. thanx :)Sebenarnya aku ta pena langsung jumpa dia. lepak pun , NEVER! yang m'eratkan ktorang hanya "TELEFON" . . sekarang nih telefon laa nyawa aku. Always aku bawak pegi mane2. :) HAHA. . kat situ untuk aku dengar suara dia. Sumpah, aku rindu dia tiap2 hari. . :( aku ada tanya dia. . 


Saya: Awak bila bule jumpa?
Dia: Awak, kalau sy datang mlaca bule bwak awk jalan2 tape jugak. Nih sy dtang pastu balik. Awak ta kesian kat saya ke?
Saya: Um, habis tu samapi bila? @bile sy bule jumpa awk ? 
Dia: Insya Allah kalau kita masih b'sama, sy jumpa awk masa nak khwin nnti k.
Saya: ( aku hanya mampu diam je )


Bagi aku dia cukup baik, even ade kekurangan kat dia. Hanya aku je yang tau. Aku kenal dia pun main tekan2 number masa kat ostel taun lepas. Dalam hubungan aku tu , aku bagaikan GULA & KOPI. .ada yang manis, ada yang pahit. . Aku ta sedia lagi nak letak gambar dia kat dalam blog ni. Aku takut dia ta suka. Aku hormat dia coz dia atas aku. :) Nak buat pape psala dia, aku akan tanya dia. Aku suka dgn name dia. ( MUHAMMAD AZHAR )


Next week aku dastart keje. alaa... keje biase je pun. kerja kiosk kat skola sri tanjung. malu laa lupak ;) Nasib baik adik2 aku masih skola kat sane. and moktey aku sbgai ustazah kat sane . bule laa dyorang tengok2 kan aku. . hehe :D aku ta selesa dengan dunia luar ni. Aku malu sikit bile jumpa orang yang ta kenal. Karenah budak2 skola sane aku da tau sangat. @hope, sume oke laa nanti :)


Hmm. . Baru2 nih aku ada daftar tuk join KELAB RAKAN MUDA PARLIMEN area tangga batu. . tuh pun kawan ajak (ASYRAF). . thanx yar :) Aku masuk pun coz nak main Net Ball .Lama da ta main. Last year aku main kat skola. um, kalau ade aktiviti rakan muda pun , belum tntu aku dapat join. Tengok laa keputusan parents aku. Sorry sangat2 laa KELAB RAKAN MUDA :)


Finally, sorry kalau readers boring baca entry nih :) Panjang lah pulak Si Kidal ni celoteh. . err. . jangan lupa tekan button LIKE yar. . oke. Thanx all. I LOVE YOU ;)



Tuesday, 24 January 2012

tip kecantikan

Assalamualaikum :D

jom amalkn tips2 nih . . nih tuk readers prempuan laa :) hehe . . then , ni duty hari2 ku . ALHAMDULILAH , EVERYTHING OKE :) 




AWET MUDA


Amalkan memotong rambut atau kuku pada ahri2 yang baik iaitu isnin , khamis dan jumaat . Selain itu , amalkan menanam menanam kuku atau rambut yang gugur . . 


sejurus bangun pagi , sebelum gosok gigi dan mandi . . amalkan petua ini . . 

--> urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi S.A.W sebanyak 3 kali . amalkan petua ini setiap hari . Insya Allah :D


yang nih pulak . tips kecantikan cara murah dan senang ^^, . sure2 readers pena tau tips2 nih . . kan ? 

* kulit cerah berseri . . bg m'dapatkn kulit cerah b'seri mngkin anda bule guna kn petua ini . parutkn lobak merah, campurkn sdikit telur kuning & air limau nipis. Setelah bahan2 ini dicampurkn, sapukan diatas muka biarkn kering. kemudian bilas dgn air . 

* ubat keletihan mata . . Ambil 2 uncang teh & rendamkan ke dalam air panas. Setelah itu masukkan uncang teh tadi ke dlm peti sejuk. setelah sejuk letakkan di atas mata selama 20 minit . senangkan ? :)

* Kurangkan kesan lingkaran hitam bawah mata . . Ambil daun pudina segar, tumbuk & letakkan di sekitar mata. Biarkan selama 10 minit sebelum m'cucinya . :)

* Hilangkan kesan parut . . Ambil daun lidah buaya, buang duri dikiri & kanan daun t'sebut, dapatkan lendirnya dan sapukan pada seama ada di bahagian muka atau badan . :D

* Tegangkan muka . . Sapukan putih telur di atas muka, biarkan seketika & sehingga terasa tegang seperti masker. Kemudian basuh.. ^^,

Monday, 23 January 2012

cutenya aku kalau masih bule pakai ~~~ =='


suke tengok baju budak kecik bile dekat shopping :)) 


















comel betul fesyen baju budak kecik sekarang nih . . nak pakai ta muat . terlebih kecik :D hehee 

Thursday, 19 January 2012

mau tidur laaa~~~

Assalamualaikum :D



Hi gadis comel dan lelaki kacak sekalian . . huh ! aku rasa aku ada penyakit laa . nak dkat sebulan aku tidur lambat . tolong laa . aku da boan nak mampus tidur lambat2 nih . ==' bukan buat ape2 pun . baring dalam gelap nih tenung siling . pas tuh kalau rasa ta selesa tukar posisi ke kiri pandang tingkap . . and kalau rase ta slesa lagi ke kiri pandang dinding . pastu ta selesa lagi duk meniarap . ==' maen guling2 setempat je laa aku atas katil nih . ta pun capai nset tngok gambar . then da abis tngok mesej pulak . . bosan laa , tau ta ! kalau ade orang nak teman mesej aku tape laa jugak . .nih ? HABOKK PUN TADAKKK ! jeles tngok adik2 aku berdengkur . ~~~ lenanya T_T dan aku nih terkebel2 mcam burung hantu . COMEL BETUL :) hehee . . what the fishhhhhhhhhhhhhhh ? tolong laa bagi aku tido . oke my babyboo . . :) good night ? ? (3.50) . . bubye :D

kahwin vs couple =_=

Assalamualaikum :D

suka tengok video nih . mungkin aku orang yang terakhir yang tgk . . mok tey aku yang post kat fb . . and ta salahkan if nak kongsi kat readers :) thank you yar :D

{ part 1 }


{ part 2 }



lebih baik pegang bara api daripada pegang yg bukan mahram :D

♥ I - T H A N K - Y O U - M Y - R A B B♥

Wednesday, 18 January 2012

Monday, 16 January 2012

Friends are the sunshine of life :D


Friendship is the golden ribbon that ties the world together

cerita pasal kawan, mesti semua orang ada kawan kan. bak sini bagitahu aku sapa yang takde kawan . aku boleh tolong bagikan kawan. bagi aku seorang yang bergerlar kawan nie orang yang paling penting dalam hidup kita selepas makayah kita. it mean they are in second stage. tinggi kan ? 

kalau kita tengok zaman sekarangg, mesti ade yang lebih pentingkan pakwe/makwe diaorangg daripada kawan kawan. kalau kawan kawan pun sanggup letak bawah, lagikan makayah kita kann. cube bayangkan kalau pakwe/makwe kita hilangg, kita boleh cari lain tauu. tak kisah laa kalau orang nak cakap kita nie playgirl ke playboy and so on. yang pentingg kita tak digelar sebagai seseorang yang lupa kawan. tapi kalau kawan kawan kita yang hilanngg, bolehh ke nak cari lainn ? nak carik yang sebijik sama. bestfriends is better than boyfriends, kawan kawan :)

bila nak kawan tuhh, tak payahlah nak pilih pilihh. tak malu ke orang yang cop kita sombong. nak kawan pun main main pilih. orang yang macam nie sebenarnya dia berlagak macam diva. kan boleh kalau kita kawan jek dengan semua orangg. tak salahkan ? nie bila nampak orang tuh lain macam jek terus cop orang tuh jahat laa tegingg nak mampus, pelik, padangg badi semua, kutuk belakangg. sebenarnya kelainan yang ada di sekelilingg kita boleh menjadikan kita seorang yang matang. tak rasa malu ke nanti bila suatu hari nanti orang yang kita cop bukan bukann tuhh akan tolong kita masa kita susah ? 

sebenarnya nak cari kawan nie lagi susah tauu nak cari pasangan hidup and kadang kadang kawan yang kita rapat sangat sangat pun boleh jadik musuh kita and lupakan kita macam tuh jek. memang lumrah hidup laa kann, kawan kita yang dulu kongsi satu bantal, satu katil, satu selimut semua tuhh akan lupakan kita bila dah kat tempat lainn. maybe dia rase kita nie tak se'bombastik' kawan dia yang lain. hati mamang sakit, tapi ignorekan jek. carik kawan lain yang lebih paham kita. kalau dia boleh carik lain, kita pun boleh.

kawan kawan juga laa yang sebenarnya bawakan kebahagiaan kat kita. boleh buat kita rasa happy bila dengan diaorangg. boleh buat kita lupakan masalah kita yang bertimbun timbun. boleh jadik telinga baik untuk dengar masalah kita, boleh jadik mulut yang berguna untuk beri nasihat kat kita. boleh jadi bahu untuk kita sandarkan bila kita kesedihann. boleh jadik teman gelak bila kita happy. nampak kann ? friend is the most important thing in our life. tanpa kawan hidup kita akan jadi sangat useless.

There are not many things in life so beautiful as true friendship and not many things more uncommon
A world without a friend, what would it be? It would be like a world without water, something you need. Friends are like glass, once broken, they are hard to fix. Keep your friends, as you would keep your water

apakah bulan kelahiran anda ? ?

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
------------ --------- --------- --------- --------- ----
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
------------ --------- --------- --------- --------- -----
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
------------ --------- --------- --------- --------- -
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hat i pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
------------ --------- --------- --------- --------- --
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
------------ --------- --------- --------- --------- -
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
------------ --------- --------- --------- --------- --
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
------------ --------- --------- --------- --------- ------

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
------------ --------- --------- --------- --------- -
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
------------ --------- --------- --------- --------- ---
Disember 
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

jom jadi baik :)



"Barangsiapa yang mengharapkan pertemuannya dengan Allah, maka hendaklah ia beramal salih dan tidak mempersekutukan Tuhannya dengan sesiapapun dalam ibadahnya."
Al-Kahfi : 10

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

"Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ketempat yang terpuji."
Al-Isra' : 79
2. Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

" Sekiranya ada suatu bacaan dengannya gunung-ganang menjadi goncang, bumi menjadi terbelah, atau orang yang sudah mati dapat berbicara, tentu bacaan itu adalah al-Quran."
Ar-Ra'd : 31

3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum melangkah ke mana pun langkahkanlah kaki ke masjid dulu, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga solat dhuha,
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana keteguhan jiwa  mereka adalah seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka pohon itu menghasilkan dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
Al-Baqarah : 265

6. Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7. Amalkan istighfar setiap saat.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir hati kita akan menjadi tenang.

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah lah, hati akan tenteram."
Ar-Ra'd : 28

Wallahua'lam.

p/s : aku ingin tergolong di kalangan hamba-hamba yang soleh dan solehah.