THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, 29 March 2012

'Mujahadah Itu Pahit......Kerana Syurga Itu Manis"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السلام عليكم ورحمة الله و بركاته



Mujahadah Itu Pahit......Kerana Syurga Itu Manis"
Ya Allah aku jatuh cinta... 

ya Allah,

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang hidup matinya hanya utk Mu ya Allah,
cinta utamanya adalah cinta Mu ya Allah,
semua perkara yang dilakukannya adalah kerana Mu ya Allah,
meletakkan Mu di atas segalanya,
agar hati dan diri sentiasa dipelihara,
daripada setiap kelalaian dunia.

ya Allah,

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang pandai mengurus masa,
dakwah dan pelajaran diimbangi sebaik mungkin,
bersungguh-sungguh ketika belajar,
tetapi pada masa yang sama,
tidak lupa utk menyumbang di jalan dakwah.

ya Allah.

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang menjaga pergaulannya,
berbicara dengan lelaki hanya pada yang perlu,
suaranya tidak menggegar hati yang mendengar,
mengenakan pakaian yang ditutup sempurna,
membuat lelaki juga hormat padanya.

ya Allah,

aku ingin menjadi seperti gadis itu,
tidak ditakuti tetapi disegani,
tidak sombong tetapi dihormati
dicintai kerana agama yg ada padanya
bukan kerana kecantikan atau harta yg utama.

ya Allah,

berilah aku kekuatan,
untuk berubah ke arah itu

masih belum terlambat kan?


0 comments: