THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday 28 February 2012



"Oh nafsu, kalaulah kau tiada, pasti aku dapat melakukan segala perintah Allah", keluh seorang sahabat.

Tapi benarkah jika tiada nafsu, kita akan dapat melaksanakan segala perintah Allah?

Saya akan jawab 'tidak' kerana 'tiada nafsu' bererti tiada nyawa. Berpisah dengan nafsu bererti berpisah dengan dunia. Sebagai contoh; Jika manusia tidak punya nafsu kepada makan, pasti semua orang akan kebuluran. Jika manusia tidak punya nafsu kepada seks, pasti pupus spesis manusia. Jika manusia tidak punya keinginan kepada harta, pasti tidak akan wujud kemajuan. Kita sendiri pun hidup kerana ada nafsu, mana mungkin kita boleh berkata bahawa tanpa nafsu kita boleh jadi lebih baik?

Maka, saya mahu membetulkan sedikit.

Bukan salah nafsu, sebaliknya salah kita yang tidak menyempitkan serta mengawal nafsu itu.

Bukan semua nafsu itu sifatnya jahat. Tidak. Kerana itu, ulama sufi banyak yang menklasifikasikan bentuk-bentuk nafsu. Ada yang mengelaskan kepada tiga, bahkan ada juga yang sampai 5 jenis nafsu. Ada sampai 7. Tapi saya akan explainyang 3 saja.


Mana nafsu yang buruk dan mana pula nafsu yang baik?
Yang yang paling buruk ialah nafsu amarah. Ini kerana manusia yang punyai nafsu ini, mereka telah mempertuhankan nafsu mereka. Segala apa yang nafsu mereka mahu, segera mereka penuhi walaupun terpaksa menipu, membunuh, merosakkan atau merampas hak orang lain.

Firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 43 : "Sudahkah engkau wahai muhammad melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?"

Orang yang punya nafsu sebegini tidak semestinya hanya orang kafir. Kerana itu, jangan kita merasa senang hati. Konon-kononnya kita terselamat. Kerana hakikatnya, orang yang bernafsu sebegini sering kita lihat, merata-rata. Yang ambil rasuah, yang rampas harta orang, yang suka mengata orang lain, ah..yang macam-macam lagi. Sangat hina! Kerana itu, Allah sambung dalam ayat 44 ;'...mereka itu seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi.'

Tolong kawal diri kita, jangan sampai kita masuk dalam kategori ini.

Nafsu tahap dua ialah nafsu lawwamah. Pendek kata, nafsu sebegini adalah nafsu yang diimbangi oleh akal. Ia masih tetap membisikkan kejahatan dan maksiat, tapi ia tidak mendominasi kita. Ia akan berperang dengan akal dan iman. Apabila ia menang, manusia akan 'tergelincir' tapi kerana masih ada unsur keimanan, manusia sebegini akan terasa kesal lalu segera meminta ampun kepada Allah.

Dalam 'peperangan' itu juga, bila sampai ketika iman menang, maka tuannya (manusia) akan dapat merasakan satu keindahan luar biasa dalam ibadah. Tapi kadangkala ia tidak berpanjangan kerana 'peperangan' tetap berlaku.

Saya pasti sangat banyak manusia yang memiliki nafsu sebegini.

Satu cara nak memastikan iman dan akal menang dalam peperangan ini adalah dengan kita supply weapons yang canggih-canggih kepada akal dan iman.

Apa dia?

Ilmu. Battlefield juga perlu dipilih kerana ada sesetangah tempat memberi 'extra power' kepada akal dan iman untuk memenangi perang ini. Antaranya ialah dengan sentiasa bersama orang-orang soleh, selalu duduk di dalam majlis ilmu, majlis zikir dan sentiasa menghabiskan masa di masjid (iktikaf).

Semestinya, nafsu yang yang paling baik ialah nafsu mutma'innah. Ini adalah nafsu ahli syurga. Nafsu ini telah terdidik, terpelajar dan terlatih. Ia sentiasa menyeru perkara yang baik-baik sahaja kepada tuannya. Sangat sukar dimiliki, tapi tidak mustahil untuk dinikmati. Dengan usaha dan kesungguhan, pasti kita mampu!


Mengapa saya bercerita tentang jenis nafsu ini?
Kerana saya mahu mengingatkan manusia yang beralasan, "nafsu aku halang aku buat baik" supaya lebih menghargai peluang diberikan nafsu. Kerana tanpa nafsu, manusia mati. Tapi kerana terlalu mengikut nafsu, manusia juga akan binasa. Kerana itu, Allah jadikan kita akal untuk mengimbangi nafsu.

Bukan semua perkara yang nafsu ajak dan anjur itu membawa kejahatan walaupun ada dalam beberapa perkara. Kerana itulah, kita yang diberi akal harus fikir, mana yang baik dan mana yang buruk. Akal yang digarisi keimanan, itulah 'ahli gusti' yang paling kuat untuk melawan nafsu.

Nafsu itu umpama kuda liar. Jangan dibunuh hanya kerana ia belum jinak, tapi kurunglah ia. Kadang-kadang ia melompat keluar pagar, tapi jangan sampai ia merosakkan tanaman orang lain. Bukankah kita ada tali, kenapa tidak mahu ikat?

Tali apa? ia ialah tali iman yang disimpul dari zikir, puasa dan ilmu. 

Saya sangat yakin. Jika 'kuda liar' ini dilatih hari-hari, satu hari nanti ia akan menjadi seekor kuda perang yang tidak takut gugur sebagai pejuang.

Kesimpulan
Saya suka menegaskan bahawa nafsu itu ibadah. Bagaimana?

Jika kita ikut nafsu dengan cara yang ditentukan syara', maka kita dapat pahala. Tapi jika kita ikut nafsu melalui cara selain yang agama benarkan, ia automatik jadi dosa.

Contoh: 
(1)-Nafsu makanJika makan benda halal dapat pa
hala. Tapi kalau makan benda haram, riba, curi dan lain-lain, ia akan jadi dosa.
(2)-Nafsu seksualJika buat seks dengan isteri sendiri, dapat pahala. Tapi kalau dengan isteri orang, dapat dosa.
(3)-Nafsu berpakaianJika pakai baju-baju yang tutup aurat, dapatlah pahala. Tapi kalau pakai 'baju saiz kanak-kanak', dapatlah dosa.


 Target Mesti Capai Sebelum Mati
Saya suka membuat analogi. Saya andaikan nafsu itu sebagai satu kerajaan. Ada 2 pihak yang mahu merebut kerajaan itu. Satu ialah syaitan dan satu lagi ialah iman. Dalam nafsu amarah, kerajaan (nafsu) ini dikuasai syaitan. Maka, setiap keputusan kerajaan adalah semua yang jahat-jahat belaka. Iman tidak berupaya mencegah. Lalu ia mati dan lenyap.

Dalam nafsu Lawwamah pula, tentera iman dengan tentera syaitan berebut-rebut. Macam di Malaysia, ada sistem pilihan raya, di sana juga sama. Kadang-kadang, syaitan menang dan kadang-kadang iman menang. Tapi berkat usaha yang sangat kuat, akhirnya kerajaan nafsu dapat dikawal oleh tentera iman lalu tentera syaitan ditawan. Dan itulah dia nafsu mutma'innah. Kerajaan yang ditadbir oleh iman. Maka, setiap perbuatan ialah perbuatan yang didasari oleh iman.
Jom kita improve diri! Moga-moga kita mati dalam dengan 'kerajaan' diri kita ditadbir oleh tentera-tentera iman.



Monday 27 February 2012

1)Mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya dan melakukan solat bersama-sama..(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) 


2)Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara;

1. kerana hartanya. 2. kerana keturunannya
3. kerana kecantikannya 4. kerana agamanya.

Maka hendaklah kamu memilih agamanya, nescaya kamu berbahagia dunia akhirat.” -Hadith Riwayat Imam Bukhari & Muslim

sabda nabi s.a.w “Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau(suami) sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila engkau perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah.


3)masyaallah bila tengok pasangan ini sejuk mata memandang..(^_^)
Tips Memilih Calon Suami Yang Baik (◕‿◕)

••► Kuat Agamanya
bila orang lain sibuk mencari cinta dia sibuk mencari agama.

••► Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya.

••► Tegas Mempertahankan Maruah

••► Amanah
bila dia berjanji dia menepati,

••► Tidak kedekut
tidak kedekut dalam menyampaikan ilmu

••► Terbatas Pergaulan
apabila dia terlihat aurat wanita (bukan mahram)dengan pantas dia mengalihkan pandanganya.apabila dia melihat wanita dia sentiasa menundukkan wajahnya.

••► Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

••► Bertanggungjawab
iaitu memberi isteri dan anak2 pakaian islam.

••► Tenang Wajah
mulut yang berzikir,mata yang tidak pernah jemu melihat al=quraan.tangan yg tidk pernah penat dalam melakukan kebaikan.air mata yang jatuh kerana taubat.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.InsyaAllah..


4)KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL BAQARAH

1. Rumah yang di bacakan surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan,
Rasulullah SAW bersabda: “ sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan“ =HR At tirmidzi=

2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al Baqarah.

3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.
Rasulullah bersabda: “Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. untuk membela pambacanya di hari kiamat.“
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah,

4.Mengelak dari terkena sihir.
sabda nabi s.a.w “Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya (si pembaca)=HR MUSLIM=

5)" BELAJARLAH UNTUK SELALU BOLEH MENULIS KESALAHAN SESEORANG DI ATAS PASIR, AGAR ANGIN MAAF DATANG BERHEMBUS & MENGHAPUS TULISAN ITU...

ღ¸.•´¯)♥ Kerana Terkadang 10 kebaikan seseorang boleh terlupakan hanya kerana 1 kesalahan. Padahal manusia itu tidak ada yg sempurna & semua org itu pasti pernah melakukan kesalahan. Belajarlah utk boleh saling memaafkan, kerana sesungguhnya saling memaafkan itu merupakan sesuatu indah :)


Akhirnya . . .


Assalamualaikum :) tengok tajuk pun da dapat agak kn? Aku sebenarnya rindu kat dia. . da bape hari daa putus :( aku yang nak tanpa sebab. aku pilih utk tinggalkn dia :( sape ta sayang ? ? ? aku dengan dia tade persefahaman . . And masing2 ego. dia duduk selangor , jumpa pun ta pena. Nak dekat 3 bulan da. dlam bape2 hari ni ade jugak dia mesej + call . . Aku ta nak angkat. Aku ta bule dengar dia nangis. . :( mase aku tengah buat post ni , aku dengar lagu "SEMOGA ABADI-MISHA OMAR" . . :'(



 Lagu ni aku pena bagi dia dengar mase tengah call. . Dulu aku sayang nak tinggalkn dia . . tapi, aku da fikir masak2. Aku doakan dia dapat yg baik dr aku . . dia cakap . Dia harapkn cinta, kasih & sayang aku sorang je. . and dia ingat , dia takan di kecewakn mane2 prempuan lagi. Ya Allah , lagi serba salah aku :( Salah ke dgn keputusan aku ? ? :( Saat ni aku rindu dia sangat2 :( Aku harap 1 hari nanti dia bace entry aku yang ni . . Khas untuk dia . . 




wahai perempuan,tipu siapa tak nak jadi cantik . dengan muka putih, licin, gebu. kan ? kan ?
memanglah ramai yang kata

kecantikan dalaman lebih penting daripada rupa paras
lol. cuba kalau orang cantik macam fatin liyana lalu sebelah, tipu kalau tak pandang. sebelah mata pun jadilah .
tapi, pernah ada seorang kawan berbunyi macam ni :

ala,apa nak kisah.perempuan kalau cantik macam mana pun kahwin satu jugak
oh, aku tahulah lelaki ada kuota sampai EMPAT

Thursday 23 February 2012

Sahabat . . .




Sahabat,



di saat dikau kecundang,

tak tertanggung airmata ini melihat kekecewaanmu..

tidak rela aku biarkan kau sendirian tanpa teman,
kerana kau selalu ada disaat aku memerlukan..
Andai hatimu pernah dilukai,
izinkan aku rawatinya dengan Kalamullah,
izinkan aku ubatinya dengan Zikrullah,
izinkan aku balutinya dengan selimut keinsafan..

Duhai sahabat,

ingin sekali aku nyatakan kasih ini buatmu,
namun apakan daya, 
aku tidak mampu,
hanya dengan perbuatan aku mampu menzahirkan hasrat hati ini..
Ketahuilah olehmu bahawa aku mencintai ukhwah ini
kerana agama yang kau junjung,
sekalipun engkau pernah kecundang,
takkan aku biarkan engkau rebah semula,
akan aku berjuang denganmu demi membela agama di hati..
Akan aku bersamamu dalam apa jua dakwah dan jihad demi Islam,
selagi mana kasih Allah bersama kita,
selama itulah kasih ini tidak akan pernah luntur..
Seribu maaf ungkapan buatmu andai aku pernah keterlaluan,
bimbinglah aku ke jalanNYA,
semoga jannah Firdaus m

enjadi pengakhiran kita..

ukhwah fillah abadan abada...


UHIBBUKUM FILLAH!




Indahnya sekali.. Erti sebuah persahabatan dan ukhwah kita...

Wednesday 22 February 2012

Telemovie Patah Seribu - Lakonan Pertama Shila Amzah bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad , malam ini di Astro Ria jam 9 Malam.


Jika sebelum ini korang hanya mendengar lagu Patah Seribu dendangan Shila Amzah bukan? Haaa tapi pada jam 9 malam ini di Astro Ria jangan lupa tau korang untuk menonton telemovie Patah Seribu yang akan dilakonkan sendiri oleh Shila Amzah. Ini merupakan percubaan pertama Shila Amzah dalam dunia lakonan. So malam nanti korang boleh saksikan sendiri bagaimana Shila Amzah berlakon kan? Okay ke tidak? Kan?! Heheheh.

Shila Amzah akan bergandingan kekasih chenta hati beliau dalam telemovie Patah Seribu ini iaitu Sharnaaz Ahmad. Selain Sharnaaz Ahmad , ada juga pelakon lain seperti Amar Baharin , Jihan , Sharifah Shahora dan Reza. Patah Seribudiarahkan oleh Michael Ang. So korang jangan lupa ye malam ni di Astro Ria pukul 9 malam. Let's baca sinopsis dulu.


Drama Patah Seribu menceritakan tentang Bella (Shila) dibesarkan dalam suasana mewah sejak kecil mula merasakan hidupnya kosong apabila mendapati rakan-rakannya hanya rapat dengannya kerana wang dan kedudukan.Dia berkenalan dengan Azu (Sharnaaz) yang juga seorang penjual buah berangan namun Azu enggan melayannya sehinggalah pengutip cukai haram datang memeras ugutnya di gerai.Kasihan dengannya, Bella membayar sejumlah wang kepada penjahat tersebut dan sejak itu dia semakin rapat dengan Azu dan pelbagai kisah menarik terjadi sepanjang perkenalan mereka.


trailer Patah Seribu.

Aku tengok macam menarik. Tapi apa-apa pun kena tunggu malam nanti nak menyaksikan lakonan sulung Shila Amzah. Kata peminat Sharnaaz Ahmad kan? Wajib lah aku menonton cerita ini sebagai sokongan gituh kepada abe chanaz. Muehehehe. Lagipun aku rasa macam sedih aje ending cerita ni? Macam aje lah kan , aku pun tak tahu macam mana gaya ceritanya. Kalau korang pernah tengok MV Patah Seribu yang Shila Amzah nyanyi tu memang sedih. Tapi untuk telemovie nya aku tak pasti. Hehehehe.

So jom jugak tengok beberapa keping gambar Behind The Scene Patah Seribu yang aku dapat from fanpage Patah Seribu. Jom layan tengok gambar uols!








kachak nya chanaz T_T
ehhh.

Mueheheheh. Menyempat jugak kan komen kachak tak kachak itu khenn? Dush Dush pipi baru tahu Jijah oiii. Erhiks. Sebenarnya saja je peromot suruh korang menonton Patah Seribu ni. Sekali sekala best jugak peromot cerita kan? Hahaha. Padahal ada lagi beberapa entry basi nak kena update , sibuk update pasal benda ni dulu. Hehehehe. 

So korang yang ada astro , jangan lupa untuk menonton telemovie Patah Seribu di Astro Ria jam 9 malam untuk menyaksikan kisah percintaan Bella dan Azu. Bagaimana perngakhiran kisah percintaan mereka? Bahagia atau derita? Err mohtif terlebih feeling aku buat entry kali ini? Mueheheheh. So jangan lupa ya! :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)










‎~Keadaan LAPAR Rasulullah SAW~


Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim,
Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata:

"Aku pernah datang kepada Rasulullah S.A.W
ketika dia sedang bersembahyang duduk,
maka aku pun bertanya kepadanya:
Ya Rasulullah!
Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk,
apakah engkau SAKIT?

Jawab Beliau:
Aku LAPAR,
wahai Abu Hurairah!
Mendengar jawapan beliau itu,
aku terus MENANGIS sedih
melihatkan keadaan beliau itu.
Beliau merasa kasihan melihat aku menangis,

lalu berkata:

Wahai Abu Hurairah! jangan menangis,
kerana BERATnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa
orang yang hidupnya LAPAR DI DUNIA jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia."

(Kanzul Ummal 4:41)

████████████████████████████████████████
████████████████████████████████████████
██████████████████████████╬╬████████████
█████████████████████████╬╬╬████████████
████████████████╬█╬╬█████╬╬╬████████████
████████████████╬█╬╬╬█████╬╬████████████
████████████████╬█╬█╬█████╬╬████████████
████████████████╬╬╬╬╬███╬╬██████████████
█████████████╬██╬╬█╬███╬╬███████████████
█████████████╬╬███████╬╬████╬╬╬╬████████
█████████████╬╬██████╬█████╬╬╬╬╬╬███████
█████████████╬╬╬███████████╬╬╬╬╬╬╬██████
█████████████╬╬╬███████████╬╬██╬╬╬╬█████
████████╬╬╬███╬╬████████████╬█╬╬╬╬██████
████████╬╬╬███╬╬╬██╬████████╬╬╬╬╬╬██████
████╬╬██╬╬╬███╬╬╬██╬██████╬╬╬╬╬╬╬███████
███╬╬╬███╬╬████╬╬██╬╬████╬╬╬╬╬╬█████████
███╬█╬╬█╬╬╬████╬╬██╬╬██╬╬╬╬╬████████████
███╬█╬██╬██████╬╬█████╬╬╬╬██████████████
███╬╬╬█╬███████╬╬╬███╬╬╬╬███████████████
████╬╬╬█████████╬╬██╬╬╬╬████████████████
████╬╬██████████╬╬██╬╬██████████████████
███╬╬███████████╬╬█╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬█
██╬█████████████╬╬█╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬█
████████████████╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬╬██
███████████████╬╬╬╬█████████╬╬╬╬╬╬╬╬████
███╬███████████╬╬╬╬████████╬╬╬╬╬╬╬██████
███╬██████████╬╬█╬╬██████╬╬╬╬╬╬█████████
███╬█████████╬╬╬██╬╬████╬╬╬╬╬███████████
███╬████████╬╬╬███╬╬███╬╬╬██████████████
███╬██████╬╬╬╬██╬█╬╬╬██╬╬████████╬╬█████
███╬█████╬╬╬╬██╬╬╬█╬╬╬█╬╬███████╬╬╬█████
███╬╬██╬╬╬╬╬███╬╬╬█╬╬╬╬╬╬╬████████╬█████
███╬╬╬╬╬╬╬╬████╬████╬╬╬╬╬╬╬╬█████╬██████
███╬╬╬╬╬╬╬█████╬█████╬╬╬╬╬╬╬╬████╬█╬╬███
████╬╬╬╬███████╬███████╬╬╬╬╬╬████╬╬╬████
███████████████╬██████████╬╬████████████
████████████████████████████████████████
████████████████████████████████████████
████████████████████████████████████████